Sunday 11 December 2011

Minda Kekayaan

Salam,

Saya doakan anda semua lebih sihat, bahagia, berjaya, kaya dan diberkati hari ini.
                Adakah anda sedar setiap orang kaya telah terlebih dahulu memprogramkan minda mereka untuk kaya. Setiap tindakan dan perkataan manusia adalah produk yang terhasil dari aktiviti minda mereka. Secara mudahnya kita akan memperoleh apa yang kita fikir dan fokuskan. Kebanyakan mereka yang belum memperoleh kekayaan kerana mereka mempunyai set minda belum kaya, bukan disebabkan oleh keterbatasan/kekurangan yang mereka ada. Keterbatasan itu biasanya dalam bentuk modal, pengalaman, ilmu, kesihatan, peralatan, usia, persekitaran dan bakat. Minda adalah satu anugerah istimewa dari Allah S.W.T untuk manusia menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Ia nya boleh mengatasi segala bentuk kekurangan fizikal . Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengawal minda kearah yang kita kehendaki. Insyallah dengan niat yang ikhlas untuk kebaikan pasti Allah S.W.T memakbulkannya. Semoga kekayaan kita itu dapat memberi manafaat kepada manusia lain. Set minda kita terhasil dari persekitaran kita, andai kita ingin menambah ilmu binalah rangkaian dengan bijak pandai/ulama. Jika kita inginkan kekayaan binalah perhubungan dengan mereka yang telah kaya dan berjaya. Untuk terus kekal berjaya sepanjang zaman kita perlu merubah set minda seiring dengan nya.

Contoh set minda manusia di Zaman Industri dan Zaman Informasi;

Minda Zaman Industri
Minda Zaman Informasi
Pekerjaan tetap, Kontrak perkerjaan
Ejen bebas, Syarikat-syarikat maya (internet)
Dibayar mengikut tempoh perkhidmatan
Dibayar untuk hasil yang diberikan
Satu kerja sahaja
Pelbagai cabang kerja
Bekerja sehingga 65
Bersara awal
8 pagi hingga 5 petang
Bekerja mengikut minat
Sekolah - Universiti
Seminar
Darjah dan kelayakan
Mengikut bakat
Pengetahuan lama
Idea-idea baru
Pelan persaraan Syarikat
Portfolio pilihan sendiri
Pelan persaraan Kerajaan
Tidak perlu
Kerajaan pelan perubatan
Tidak perlu
Kerja-kerja di syarikat
Bekerja di rumah

Pepatah ada menyebut;
“Perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama”
Tapi sebelum langkah pertama itu, pepatah itu sepatutnya berbunyi;
“Perjalanan beribu batu bermula dari perancangan dalam minda“

Hadis nabi;
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk." 
 “Jadikan wang bekerja untuk anda, bukan anda berkerja untuk wang."
Suka saya kongsikan klip video ini untuk mensyukuri nikmat kesempurnaan yang kita perolehi.
Binalah set minda kekayaan anda – semoga berjaya.

1 comment:

  1. tahniah dah ada button2 share! - http://www.harrisfadzilah.com

    ReplyDelete